(HIDAYAH MILIK ALLAH SIRI 1) Tokoh Kristian, Dr Jerald Frederick Dirks Memeluk Islam.
Posted by DeanSakuragi on 08:39 with No comments
Dr. Jerald adalah seorang tokoh
Kristian yang mendalami Bible serta menguasai ilmu ketuhanan agama Kristian.
Pada tahun 1974, beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam Bidang Ketuhanan
(Master of Divinity) daripada Universiti Harvard. Seterusnya beliau memperoleh
gelaran Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang psikologi daripada Universiti
Denver. Beliau pernah memegang jawatan sebagai seorang paderi di gereja United
Methodist, Kansas.
Sebagai seorang ilmuwan dalam agama Kristian,
beliau menyedari terdapat beberapa masalah besar dalam ajaran agama Kristian.
Salah satu daripadanya berkaitan dengan ketulenan kitab Bible. Bible yang wujud
pada hari ini berbeza dengan Bible yang asal. Tahukah anda apakah itu Bible? Ia
adalah kitab suci agama Kristian. Penganut-penganut Kristian mempercayai bahawa
Bible adalah kalam Tuhan. Namun, Dr. Jerald tidak bersetuju dengan pendirian
ini. Menurut beliau, tidak semua isi Bible adalah kalam Tuhan. Bukti-bukti
sahih menunjukkan bahawa sebahagiannya adalah tulisan manusia yang dimasukkan
ke dalam Bible.
Sebenarnya, kitab Injil dan Bible adalah berbeza. Injil adalah kitab Allah
s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Namun Injil yang asal akhirnya
hilang dan penulisan semula kitab itu dilakukan oleh tokoh-tokoh Kristian.
Ketika penulisan semula ini dilakukan, banyak idea dan konsep baru dimasukkan
ke dalamnya. Hal ini disahkan oleh pakar-pakar Bible antaranya, Profesor Bruce
Manning Metzger (Profesor Emeritus kitab Perjanjian Baru di Princeton
Theological Seminary), dan Profesor Bart D. Ehrman (Profesor Kajian Agama di
University North Carolina, Chapel Hill). Ini menjadikan Bible berbeza sekiranya
dibandingkan dengan kitab Injil yang asal.
Dr. Jerald Frederick Dirks menyedari tentang hal ini. Akhirnya, Dr. Jerald
berminat mengkaji agama Islam. Bagi tujuan itu, beliau memanfaatkan kitab
terjemahan Al-Quran dalam
bahasa Inggeris. Mesej Al-Quran yang lengkap akhirnya meyakinkan beliau tentang
kebenaran agama Islam. Pada tahun 1993, beliau memeluk agama Islam. Begitulah
pengaruh Al-Quran ke atas Dr. Jerald Frederick Dirks.
Categories: Hidayah Allah, Home
0 comments:
Post a Comment