MISTERI: ADAKAH ZAMAN BATU ADALAH SATU REKAAN?
Posted by DeanSakuragi on 23:58 with No comments
Gambaran masyarakat zaman batu oleh para evolusionis. |
Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu,
manusia telah berlayar dengan binaan kapal yang bagus, dan memiliki kemahiran
artistik yang cukup baik.Adakah anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup 80,000 tahun
dulu dan digambarkan oleh para evolusionis sebagai ‘manusia beruk’, juga mampu
membuat alatan muzik, memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori, dan
berjalan di atas pasir panas beralaskan sandal.
Mungkin anda tidak
pernah mendengar fakta-fakta tersebut, ini kerana kita telah diberi tafsiran bahawa
manusia tersebut adalah separuh manusia dan separuh beruk, tidak mampu berdiri
dengan baik, kurang kemahiran untuk berkomunikasi dan hanya mengeluarkan bunyi
dengusan yang pelik. Ini kerana dalam masa lebih daripada 150 tahun, kita telah
disogok dengan penipuan ini.
Tujuannya adalah untuk
meneruskan perjuangan falsafah materialis yang menafikan kewujudan Allah SWT.
Menurut perspektif yang menyeleweng ini, alam semesta dan kebendaan adalah
abadi. Dengan erti kata lain, ia tiada permulaan, dan juga tiada Pencipta. Asas
yang kononnya saintifik untuk kepercayaan karut ini adalah teori evolusi.
teori evolusi manusia |
Oleh kerana mereka
mendakwa bahawa alam semesta tiada Pencipta, para evolusionis harus memberi
penjelasan tentang bagaimana kehidupan dan sejumlah spesis lain wujud di bumi
ini. Untuk tujuan itu, mereka menggunakan teori evolusi. Berdasarkan teori ini,
semua kejadian dan kehidupan di alam semesta berlaku secara kebetulan.
Sebahagian benda tidak bernyawa di zaman purbakala bercantum secara tidak
sengaja lalu membentuk sel hidup pertama. Kemudian organisma terwujud hasil
daripada ketidaksengajaan selama jutaan tahun ini. Dan akhirnya manusia wujud
sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.
Sejarah awal manusia
yang dianggap hasil daripada perubahan secara kebetulan selama jutaan tahun,
dan setiap satunya lebih mustahil daripada perubahan terakhir, telah
diselewengkan untuk menyokong senario songsang ini. Evolusionis, yang
sememangnya ketiadaan bukti-bukti kukuh, mendakwa bahawa asal sejarah manusia
adalah seperti berikut: Bermula seperti bentuk kehidupan lain, berlangsung
daripada organisma purba hingga kepada manusia yang dipercayai perkembangan
paling maju berbanding yang lain. Oleh itu, sejarah manusia kononnya berkembang
daripada komuniti primitif kepada masyarakat bandar yang moden. Hakikatnya,
anggapan ini sama sekali tidak mempunyai sebarang bukti. Ia juga menggambarkan
sejarah manusia seperti yang didakwa oleh falsafah materialis dan teori
evolusi.
Para saintis evolusionis
, dalam usaha mereka untuk menyokong proses evolusi yang dianggap bermula
daripada sel tunggal kepada organisma berbilang sel, kemudian daripada beruk
kepada manusia, bukan saja telah ‘menulis’ semula asal-usul manusia, bahkan
juga ‘mencipta’ era khayalan seperti ‘Zaman Orang Batu’ dan ‘Zaman Batu’ untuk
menjelaskan cara hidup ‘Orang Primitif’. Evolusionis, yang percaya pada
kepalsuan bahawa manusia dan beruk berasal daripada moyang yang sama, telah
memulakan usaha dalam kajian baru demi membuktikan dakwaannya. Untuk itu,
mereka meneliti setiap batu, atau mata panah, atau mangkuk yang ditemui semasa
penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun, gambaran ‘manusia beruk’ duduk di
dalam gua yang gelap sambil berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan
baik, semuanya adalah rekaan semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud,
begitu juga dengan Zaman Batu. Semuanya adalah pembohongan evolusionis dengan
sebahagian bantuan media.
Dakwaan para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya
oleh perkembangan terbaru dalam bidang sains terutamanya dalam ilmu biologi,
paleontologi, mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa masing-masing spesis
berubah menjadi ‘versi terbaru’, telah dibuktikan salah. Manusia juga tidak
berkembang daripada makhluk beruk. Manusia sememangnya adalah manusia sejak
kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban canggih sehingga ke hari ini.
Maka, ‘evolusi sejarah’ juga tidak pernah terjadi. Manusia wujud di dunia ini
bukan melalui evolusi, tetapi dengan penciptaan sempurna Allah yang Maha Kuasa
dan Maha Mengetahui.
Seperti mana yang telah
dilakukan dalam evolusi manusia, perspektif sejarah evolusionis juga mengkaji
sejarah manusia dengan membahagikannya kepada beberapa jangka waktu, seperti
Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Oleh kerana gambar khayalan ini
dipaparkan di sekolah, surat khabar dan televisyen, kebanyakan orang menerima
rekaan ini tanpa soal dan membayangkan manusia dulu kala hidup dengan hanya
menggunakan peralatan batu purba dan ketiadaan teknologi.
Tetapi gambaran sebenar
muncul apabila penemuan arkeologi dan fakta-fakta saintifik dikaji. Kesan dan
tinggalan yang ada sehingga kini seperti peralatan, jarum, serpihan seruling,
dekorasi dan hiasan peribadi, menunjukkan dari segi sosial dan budaya bahawa
manusia sememangnya telah menjalani kehidupan bertamadun sepanjang sejarah. Ribuan tahun dahulu,
manusia tinggal di rumah, terlibat dengan pertanian, bertukar barangan,
menghasilkan tekstil, makan, melawat
kenalan, meminati muzik, membuat lukisan, merawat orang sakit, melakukan
penyembahan . Sepanjang sejarah, seperti mana hari ini, terdapat golongan yang
percaya dengan kewujudan Allah, dan juga golongan pagan dan ateis.
Sejak dulu lagi,
tentunya ada di antara manusia yang hidup serba ringkas dan dalam keadaan
primitif, dan ada juga masyarakat yang hidup lebih maju. Tetapi ini sama sekali
tidak membuktikan evolusi sejarah, kerana sementara satu bahagian dunia
melancarkan kapal ke angkasa, masyarakat di satu bahagian lagi masih tidak
dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud
bahawa mereka yang membina kapal angkasa adalah lebih maju secara mental atau
fizikal – dan berkembang jauh dan lebih berbudaya – tidak juga bermakna
golongan yang satu lagi hampir kepada manusia beruk khayalan. Semua ini sekadar
menunjukkan perbezaan dalam budaya dan tamadun.
Post yang akan datang akan memaparkan bukti-bukti
saintifik yang menyokong pernyataan bahawa zaman batu adalah satu rekaan.
0 comments:
Post a Comment