(HIDAYAH MILIK ALLAH SIRI 2) Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun
Posted by DeanSakuragi on 09:07 with No comments
Presiden
Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan
menganalisis mumia Firaun. Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa
yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para
pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik
tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah
ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan
para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di
hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya
diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya
oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang
sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang
pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai
1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau
diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai
kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille,
termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan
beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan
mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno
itu.
Ternyata, hasilnya
sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih
melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati
akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu
jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia
supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu
menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana
jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang
lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?. Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang
diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari
laut dan kaedah pengawetannya. Laporan
tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan
Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan
laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le
Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan
anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. Namun seorang rakan
sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan
sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam
telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya
dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu
ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya
membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali
dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir
dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi
serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan
dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan
kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara
seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui
sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran
telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan
yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana
al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur
sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk
akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah
masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa
dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya
sendirian.
Lalu beliau
mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang
tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan
mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama)
pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti
sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot)
kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun
yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan
diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm
136:15)
Dr. Bucaille sangat
terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya
kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu
dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan
sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
(Yunus: 92)
Apabila mendengar
ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui
kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi
serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. Lalu
dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun
bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan
beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau
mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke
Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya
menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah
diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the
Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern
Knowledge.
Melalui buku ini, Dr.
Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya
membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara
kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam
umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil
terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun
kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya
diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat
bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan
kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
Categories: Hidayah Allah, Home
0 comments:
Post a Comment