(MENGENALI ISRAEL SIRI 1) Siapa Sebenarnya Israel ?

Posted by DeanSakuragi on 10:17 with No comments


Apakah yang dimaksudkan dengan bani Israel?. Bani Israel maksudnya ialah anak-anak Israel dengan nama lainnya keturunan Israel. Berdasarkan beberapa penulisan, mengatakan bahawa bangsa Israel ini mempunyai kaitan dengan bangsa arab. Mereka mempunyai moyang yang sama iaitu nabi Ibrahim.

Kisahnya begini, Ibrahim a.s (Abraham) memiliki  dua orang anak, melalui dua orang isterinya. Isteri pertamanya Sarah melahirkan Ishak a.s (Isaac). Isteri keduanya hajar melahirkan Ismail a.s (Ishmael). kedua-duanya dilantik menjadi rasul. Walaupun sarah dikawini lebih awal. Hajar terlebih dahulu melahirkan Ismail a.s. setelah Sarah dan Ibrahim a.s. mencapai usia tua, barulah Ishak a.s dilahirkan.
Kisah ini ada di ceritahan di dalam al quran,

Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan seorang anak padahal aku adalah seorang perempuan tua dan suamiku juga sangat tua? Para malaikat berkata  “apakah kamu hairan dengan firman Allah? Rahmat dan berkatnya di curahkan kepadakamu, wahai ahli bait. Sesungguhnya Allah maha terpuji lagi maha pemurah”.
(hud: 72-73).

Dari Ishak a.s inilah lahirnya keturunan bani Israel. Keturunan Ishak a.s. melahirkan ramai rasul. Malah ishak a.s sendiri mempunyai anak yang di lantik menjadi rasul iaitu Yaakub a.s. ( Jacob).
Israel adalah nama lain bagi Yaakub a.s. Didalam bahasa ibrani Israel bermaksud hamba Allah atau tentera Allah. Jadi keseluruhan keturunan Yaakub a.s. digelar Bani Israel.

Bani Israel terdiri dari 12 naqib, iaitu 12 kelompok yang terdiri daripada 12 orag anak lelaki Yaakub a.s. dari isteri-isterinya. Yang paling dikenali antara mereka sudah semestinya Yusuf a.s (joseph) kisahnya ada diceritakan  didalam al quran. Nama-nama anak yang  lain ialah Rawbin, Syamun, Levi  Yahouza, Yasakir, Zebulon, (isteri bernama Laiah), Yusuf, Benjamin (isteri bernama Rahil) Daan, Naftali (isteri bernama Balhah) Jad dan Ashir ( isteri bernama zalfah).


Kalimat yahudi dinisbahkan kepada anak keempat iaitu Yahouza (Yahoude). Gelaran ini terkenal selepas keutuhan Kerajaan Yahouza tahun 586 sebelum masihi. Kemudiannya kalimat ini di labelkan kepada mereka yang menganut agama musa a.s (moses). Selain itu terdapt beberapa lagi rasul yang datang dari Bani Israel seperti, Harun, Ilyas. Ilyasa’, Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya  Yunus dan Isa
Dari ismail a.s pula lahir lah keturunan arab. Susur galur keturunan ismail a.s ini, menyaksikan kelahiran penutup segala nabi dan rasul iaitu Rasulullah S.A.W.

Jelas disini, kedua-dua bangsa ini mempunyai pertalian, iaitu mempunyai moyang yang sama Ibrahim a.s. malangnya bangsa yahudi sentiasa  menganggap bangsa arab sebagai bangsa yang hina manakala bangsa mereka pula bangsa yang terlalu istimewa.


Bersambung…..
Categories: ,