(MENGENALI ISRAEL SIRI 2) Perkembangan Bani Israel
Posted by DeanSakuragi on 11:49 with No comments
Ibrahim a.s meninggalkan, Kota Babylon (Iraq) bersama keluarga dan
pengikutnya sekitar tahun 1750 sebelum masihi. Bumi pertama yang di pijak
mereka ialah tanah Syria. Kemudiannya berpindah lagi menuju ke selatan
sehinggalah mereka menetap di kan’an (sebuah
istilah kuno bagi wilayah yang kini terdiri dari Israel, Lebanon,wilayah-wilayah Palestin, selain tanah bersempadanan dengan pantai dan
bahagian dari Jordan, Syria dan utara Mesir). Lahirlah
bani Israel di sini.
Pada kurun ke 17, sebelum masihi, Mesir di
perintah oleh bangsa asing yang bernama Hyksos sepanjang tempoh 2098-1857
sebelum masihi. Di sepanjang tempoh pemerintahan Hyksos, keturunan Yaakob (bani
israel) telah masuk ke pemerintahan Mesir mealaui yusuf a.s.. Kedatangan mereka
disambut dengan baik oleh pemerintah Hyksos.Di sana Bani Israel telah mendiami
satu kawasan yang bernama ghasan terletak di bahagian timur mesir. Sepanjang di
mesir mereka melakukan pekerjaan seperti mengembala, membuat perhiasan emas,
perak dan berniaga.
Sewaktu pemerintahan Hyksos ini Bani Israel mendapat
pelbagai keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi kerana mempunyai hubungan
dan keturunan Yaakob a.s yang sangat di hormati mereka. Keadaan in berterusan
sehinggalah keluarga kerajaan Mesir ke 18 berjaya menghalau bangsa Hyksos dari
bumi Mesir.
Setelah masa berlalu sekian lama, kerajaan Mesir kembali di
perintah oleh penduduk asalnya (bangsa qitibi), maka Bani Israel tidak lagi mendapat
keistimewaan sebagaimana di bawah pemerintahan bangsa Hyksos. Sikap bani Israel yang suka mengasingkan diri dan juga
pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara.
Pemerintah Mesir ketika itu, mendapat khabar bahawa Bani Israel ini mempunyai
konspirasi sulit bagi melemahkan kerajaan. Oleh yang demikian masyarakat Mesir
merancang untk menghalang perkara tersebut daripada berlaku. Ketika itu Mesir
di perintakh oleh seorang maharaja berketurunan diraja yang ke 19, bernama Ramsis II (firaun)
Kerajaan mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana
anak lelaki yang dilahirkan oleh bani Israel dibunuh, dan membolehkan
perempuan-perempuan dikalangan mereka berkahwin dengan orang mesir.pada ketika
itulah lahirnya Musa a.s.
Dengan perintah Allah, musa a.s. mengambil keputusan
berhijrah keluar daripada Mesir kerana mengelakan mereka daripada di tindas. Musa a.s berjaya memujuk bangsanya agar sama-sama mengikutnya berhijrah
meninggalkan mesir bagi menyelamatkan iman mereka dan juga mengelakan diri
daripada terus di tindas firaun.
Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing
semenanjung Sinai, maka bermulalah kehidupan baru bagi mereka. Kehidupan ini
sangatlah sukar kalau di bandingkan dengan kehidupan di Mesir. Kehidupan yang
dipenuhi oleh batu batan yang panas dan terdedah dengan bahang kepanasan
matahari, di tambah pula dengan kesukaran mendapatkan sumber bekalan air.
Sebahagian dari mereka cukup marah dengan keadaan ini lalu berjumpa dengan musa
a.s dan meminta untuk kembali ke Mesir.
Serentak dengan itu, Musa a.s telah di panggil Allah untuk
bermunajat kepadanya selama 30 hari. Sepanjang pemergian Musa a.s bermunajat
dan menerima Taurat, Bani Israel di pimpin oleh saudaranya, Harun a.s.
Musa a.s telah terlambat pulang menemui kaumnya,
menyebabh\kan sebahagian dari mereka mula berasa curiga dengan agama yang di
bawa olehnya. Mereka telah disesatkan oleh salah seorang pemimpin mereka yang
bernama Musa Samiri. Dia telah mencipta sebuah patung anak lembu yang boleh
berbunyi, dan meminta kaumnya menyembah tuhan baru mereka itu.
Sekembalinya musa, dan mendapati kaumnya mensyrikan Allah,
maka dia begitu marah dan kecewa. Musa dan kaumnya yang masih setia, merentasi
semenanjung Sinai menuju ke kan’an (palestin) iaitu bumi yang telah
“dijanjikan” Allah kepada mereka. Sebahagian lain tetap kafir dan mengikut Samiri.
Firman Allah
Wahai kaumku masuklah
ke tanah suci (palestin) yang telah di tentukan Allah bagimu, dan janganlah
kamu lari ke belakang(kerana takut kepada musuh) maka (kelak) kamu jadi orang yang
rugi (kerana di anggap pengecut)
(Al-maidah: 21.)
Bersambung…
Categories: Home, Kenali Israel
0 comments:
Post a Comment