(MENGENALI ISRAEL SIRI 3) Pemerintahan Kerajaan Bani Israel Di Bumi Palestin

Posted by DeanSakuragi on 23:11 with No comments
Zaman Pemerintahan Daud a.s adalah zaman pemerintahan terbaik pada zaman kewujudan bani Israel di bumi palestin. Daud a.s telah memerintah selama 40 tahun. Pada 7 tahun pertama dia menjadikan Habron sebagai pusat pemerintahan. Selepas itu dia memilih Aour Shyalim sebagai ibu Negara kepada kerajaanya.

Di katakan zaman pemerintahan Daud a.s (David) sebagai terbaik kerana, pertama kelemahan maharaja mesir dan Babylon ketika itu, kedua, Daud a.s telah mengadakan perjanjian damai dengan Raja Finique yang bernama Hairon dan ketiga Daud a.s menakluki Bukit Zion, banteng kuat kaum Yabus dan menjadikannya sebagai Bandar Daud.

Sulaiman a.s (Solomon) telah mengambil alih tampuk kepimpinan selepas kewafatan ayahandanya Daud a.s. semasa pemerintahan Sulaiman Kerajaan Bani Israel berada di kemuncak kegemilangannya di tambah pula dengan keputusannya mengadakan ikatan kekeluargaan dengan Shisyak iaitu raja Mesir ketika itu.

Selepas era pemerintahan Sulaiman, kerajaan pemerintahan Bani Israel, semakin menunjukan kelemahan. Hal ini disebabkan mereka hidup dalam kemewahan dan suka berfoya-foya, banyak melakukan kezaliman bahkan semakin menyimpang daripada ajaran Sulaiman a.s, terlalu ramai bilangan isteri dan perempuan simpanan dan berlakunya beberapa siri pemberontakan.

Rahbaam, iaitu putera kepada sulaiman a.s telah mengambil alih tampuk pemerintahan setelah kewafatan ayahandanya dan dia mendapat sokongan puak Yahouza dan Bunyamin. Ada sepuluh puak lain yang enggan memberi sokongan kepada Rahbaam sebaliknya memberi sokongan kepada Yarba’am sebagai raja mereka. Pada ketika ini kerajaan bani Israel telah berpecah kepada dua iaitu kerajaan utara (Ibu Negara bernama Nablus, pimpinan Yarba’am) dan kerajaan selatan(Ibu Negara bernama Aour Syalim, pimpinan Rahbaam).


Bersambung…..
Categories: ,