(MENGENALI ISRAEL SIRI 4) Diaspora Pertama Bangsa Yahudi

Posted by DeanSakuragi on 10:59 with No comments


Kemerosotan akhlak dikalangan bani Israel, menyebabkan kerajaan mereka mulai kendur,  dan pemimpin pemimpin mereka terdiri daripada mereka yang menyembah berhala. Begitu banyak penyelewengan telah berlaku, antaranya meminda dan menokok tambah kandungan kitab Taurat yang di tuurnkan kepada musa a.s, menghalalkan perkara yang di haramkan Allah bagi kepentingan diri dan kepuasan nafsu, dan memutar belitkan kisah Ismail a.s dan melebih lebihkan secara melampau kisah mengenai Ishak a.s. didalam kitab torah mereka, Ismail a.s digambarkan dengan ganbaran yang buruk dan hina. Baginda di bandingkan dengan Ishak a.s bagaikan langit dan bumi. Ini bagi mengambarkan kemuliaan bangsa mereka yang berketurunan Ishak a.s berbanding dengan mereka yang lahir dari keturunan Ismail a.s.

Kitab torah yang mereka miliki sehingga sekarang ini adalah kitab yang telah dipinda dari kitab Taurat yang diturunkan kepada musa a.s. perkara yang sama juga berlaku kepada kitab zabur dan injil.

Di sebabkan sikap mereka yang melampau, Allah telah menghukum mereka, pada sekitar tahun 587 sebelum masihi, tentera Babilon (Iraq) yang di pimpin oleh raja Nebuchadnezzar II  telah menyerang Baitul Maqdis dan membakar kota itu.

Serangan ini telah menyebabkan Baitul Maqdis jatuh ketangan mereka, ramai penduduk yahudi terkorban, manakala mereka yang hidup di bawa plang ke Babilon dan dijadika hamba. Serangan ini telah memulakan diaspora pertama bangsa yahudi ke Mesir dan serata semenanjung arab.

Diaspora yang pertama ini masih mengekalkan identiti mereka. Mereka masih bertutur dalam Bahasa Ibrani dan rupa paras mereka masih seperti sedia ada. Pegangan agama dan adat mereka masih dipegang teguh dan diwarisi ke generasi seterusnya.


Yang berbezanya ialah mereka kini bercampur dan tinggal dengan pelbagai kelompok masyarakat arab yang tidak jauh berbeza dengan mereka.

Dalam tempoh diaspora yang pertama ini, bangsa yahudi turut tinggal bersama orang-orang arab ketika zama rasulullah s.a.w. tiga suku kaum mereka yang terkenal di Madinah ialah Bani Nadir, Bani Quzairah dan Bani Qainuqa.


Bersambung…


Categories: ,