(MENGENALI ISREAL SIRI 5) Yahudi Di Zaman Rasulullah s.a.w

Posted by DeanSakuragi on 11:54 with No comments
Firman Allah,
Orang (yahudi dan nasrani) yang telah kami beri kitab (taurat dan injil) mereka amat mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri (mengenai sifat-sifatnya sebagai yang tersebut dalam Taurat dan Injil). Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran (itu), padahal mereka mengetahuinya.

(al-baqarah: 146)


Bagi masyarakat yahudi, kedatangan Rasulullah s.a.w dan kaum muslim ke Madinah dianggap tidak menguntungkan mereka. Keharmonian hubungan antara Aus dan Khazraj adalah satu ancaman. Di tambah pula kaum muhajirin Makkah adalah terdiri daripada pedagang hebat dan professional. Pada hari pertamanya di Madinah, Abdul Rahman bin Auf telah menunjukan kualitinya dalam perniagaan apabila meraih keuntungan di pasar bani Qainuqa.

Seiring dengan peredaran waktu, Saidina Usman bin Affan, Zubair bin Awwam dan beberapa lagi tokoh perniagaan lain telah menjadi pesaing-pesaing baru terhadap para pedagang yahudi.
Persaingan ini di parahkan lagi dengan pengenalan-pengenalan ordinen ordinen baru dalam segala transaksi ekonomi oleh Rasulullah s.a.w seperti larangan menipu, larangan mengumpul harga secara tidak sah (halal), larangan menjual arak, dan larangan amalan riba dalam perniagaan. Ordinen-ordinen ini telah mengekang sistem ‘pasaran bebas’ yang sebelm ini menjadi sumber kekuatan ekonomi kaum Yahudi.


Terdapat pelbagi usaha yang dilakukan kaum Yahudi dalam menghalang penyebaran dakwah islam sewaktu zaman Rasulullah s.a.w. antaranya,

Pemboikotan ekonomi. Kaum muslimin diawal perkembangan islam di Madinah sangat lemah perekonomiannya. Mereka datang ke Madinah tidak membawa harta mereka dan kaum Ansar yang menolong mereka bukanlah pemegang teraju utama ekonomi Madinah. Para pemimpin yahudi enggan membantu perekonomian kaum muslim. Perkara ini terjadi ketika Abu Bakar masuk ke dalam Bait al Midras ( tempat ibadah kaum yahudi) dengan perintah Rasulullah s.a.w dengan tujuan untuk meminjamkan sedikit harta untuk memulakan perniagaan namun mereka membalasnya dengan berkata dengan sinis  ‘robb kamu perlu kami bantu?’
.
Membangkitkan fitnah dan kebencian. Sejarah menceritakan bahawa  kaum Yahudi telah menciptakan pelbagai fitnah dan kebencian antara sesama kaum muslimin. Salah satunya ada di ceritakan oleh Ibnu Hisyam dalam Siroh Ibnu Hisyam. Ringkasan ceritanya, seorang Yahudi bernama Syaas bin Qais mengutuskan seorang pemuda Yahudi untuk duduk bersama dam majlis kaum Ansar kemudiannya di mengingatkan (menghasut) kaum ini mengenai kejadian perang Bu’ath , meyebabkan terjadinya pertengkaran antara kaum Ansar dan Khazraj.  Keadaan ini berjaya ditenteramkan oleh Rasulluah s.a.w.

Menyebarkan keraguan ke dalam hati muslimin.  Orang Yahudi berusaha memasukan keraguan di dalam hati kaum muslim yang masih lemah imannya dengan melontarkan syubahat-syubahat yang boleh menggoyanggkan kepercayaan mereka.

Yahudi sentiasa mengintip kaum muslim. Ibnu Hisyam ada menjelaskan terdapat segolongan Yahudi yang memeluk islam semata-mata untuk mengintip keadaan kaum muslim dan mendapatkan berita megenai perancangan rasulullah.

Firman Allah

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan orang yang luar kalanganmu (kerana mereka tidak henti henti (menimbulkan ) kemudaratan bagimu mereka menyukai apa yang menyusahkanmu. Telah nyata kebencian dari mult mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami (Allah) terangkan kepadamu ayat-ayat (kami). Jika kamu memahaminya. Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka meyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya, apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata kami beriman, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadapkamu. Katakanlah (kepada mereka) marilah kamu kerana kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati

(ali Imran: 118-119)

Malah didalam perang, kaum ini turut melibatkan diri dengan bergabung dengan kaum musyrikin menentang kaum muslimin.

Rasulluh s.a.w menunggu sehingga kaum ini melanggar dan membatalkan perjanjian yang dibuat di Madinah. Ketika mereka melanggar perjanjian barulah Rasulullah s.a.w mengambil tindakan ketenteraan dalam menghadapi mereka kesannya berlakunya pengusiran bani Qainuqa, Al-Nadhir, Quraizoh dan penaklukan kota Khaibar oleh kaum muslimin.


Bersambung…..
Categories: ,