TUJUAN HIDUP KITA
Posted by DeanSakuragi on 18:24 with No comments
Apabila memperkatakan tentang
tujuan hidup, kita sebenarnya membincangkan tentang misi hidup. Kenapa kita
berada di dunia ini? Kenapa kita di
hidupkan? Ini adalah persoalan-persoalan penting mengenai kehidupan kita. Jika kita tidak ada tujuan hidup, kita
sebenarnya berada dalam kegelapan. Apabila kita berada dalam kegelapan, kita
berada dalam dua situasi. Pertama, kita tidak mengetahui, kedua kita tidak menguasai. Begitulah dengan hidup kita. Apabila kita tidak mengetahui tujuan
hidup, kita umpama dalam kegelapan. Kita tidak dapat mengetahui dan menguasai
kehidupan kita. Akhirnya hidup kita akan di bawa arus, dan kita tidak lagi
dapat mengawalnya.
Pepatah ada mengatakan, hidup ini adalah untuk menyelesaikan masalah. Satu masalah selesai, timbul pula masalah baru. Contoh, sebelum kahwin masalah untuk mencari pasangan, selepas itu masalah untuk dapatkan anak, apbila dapat anak, masalah persekolahan anak dan begitulah seterusnya, sentiasa ada masalah. Kehidupan kita ini umpama benang yang sangat kusut, jika direntap ia akan putus. Oleh itu apabila kita nak selesaikan benang yang sangat kusut ini, kita mesti mencari puncanya terlebih dahulu. Begitulah dengan kehidupan kita, kadang-kadang kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah, untuk selesaikannya jangan kita terus terjah, sebaliknya hendaklah kita kembali kepada tujuan hidup, apabila kita cari puncanya, disitu kita rungkaikan InsyaAllah persoalan hidup itu dapat kita rungkaikan.

Apakah pentingnya tujuan hidup?
Tujuan hidup inilah sebenarnya yang memberi erti kejayaan kebahgiaan dan
ketenangan sebenar dalam kehidupan kita. Apabila kita mencapai tujuan hidup
kita barulah kita dikatakan berjaya, apabila kita berjaya mencapai tujuan hidup
kita barulah boleh dikatakan kita peroleh kebahagiaan. Mana mungkin kita akan
peroleh kejayaan dan kebahagiaan tanpa kita memperoleh tujuan hidup kita
terlebih dahulu.
Contohnya apabila seorang rakan
anda kehilangan barang, kemudian anda ingin membantu mencarinya, tetapi rakan
akan tidak tahu, apa bentuk dan warna barang itu. Adakah barang itu akan di
jumpai? Sudah semestinya tidak. Begitulah dengan kehidupan kita sekarang.
Kadang-kadang ada manusia yang mencari dalam kehidupanya sesuatu yang dia
sendiri tidak pasti. Mana mungkin dia akan
menjumpainya.
Pakar-pakar, mengatakan
kebanyakan manusia ini bukan tidak boleh berjaya tetapi mereka tidak tahu apa
erti kejayaan yang sebenar. Contoh dalam
permainan bola sepak. Jika dimainkan tanpa gawang gol, apa akan jadi?. Huru hara
jadinya, semua hilang arah,
penyerang tidak tahu kemana hendak di
tendang bola, pertahanan tak tahu nak pertahan kan apa, penjaga gol tidak tahu apa yang nak di jaga,
dan kita sebagia penonton akan ketawa. Kita akan katakan bertapa bodohnya mereka
bermain bola tanpa gawang gol. Tetapi hakikatnya kita sedang ketawakan ramai
manusia didunia ini yang hidupnya tidak ada tujuan hidup seperti mana orang
main bola tanpa gawang gol. Mereka ini mencari sesuatu yang tidak pasti,
akhirnya hidup mereka ini tidak kemana-mana.
Ramai manusia yang kecewa setelah
mendapat apa yang mereka hajati. Kecewa?
Ya. Ini kerana apa yang mereka hajati itu sebenarnya bukan tujuan yang sebenar.
Contoh ramai manusia yang kaya raya, yang ternama, yang glamor, akhirnya terlibat
dengan dadah, ketagih arak dan seterusnya membunuh diri ketika mereka berada di
puncak kejayaan. Kenapa perkara sebegini berlaku? Ini kerana mereka fikir kejayaan
dan kekayaan mereka itu adalah tujuan hidup mereka. Akhirnya mereka tidak tahu
apa yang nak dilakukan seterusnya dalam hidup mereka. Oleh itu penting untuk
tahu apa tujuan hidup kita yang sebenar.
Imam Ghazali berkata, tujuan hidup seseorang menentukan cara hidupnya, cara hidup seseorang menentukan cara matinya, cara mati seseorang menentukan caranya di bangkitkan di padang mahsyar dan cara seseorang di bangkitkan di padang mahsyar menentukan sama ada seseorang itu dimasukan kedalam syurga atau neraka. Maka jelas lah disini penting kita betulkan cara hidup kita, supaya cara kita mati dan cara kita dibangkitkan betul dan seterusnya meletakan kita berada di tempat yang betul. Namun untuk menentukan cara hidup kita yang betul, perkara yang paling utama ialah menentukan tujuan hidup kita terlebih dahulu.
Dalam islam sekiranya kita mensasarkan sesuatu samaada jauh atau dekat, yang paling utama sasaran kita hendaklah tepat. Dalam islam apabila kita melalui tujuan hidup ini, yang paling penting kita perlu melalui jalan yang benar walaupun mungkin kita tidak sampai ke sasaran yang sebenar, kerana Allah menilai kita sebaik sahaja kita melalui jalan kearah tujuan itu. Namun jika kita melalui jalan yang salah kita tidak akan di nilai lansung oleh Allah.

Tujuan hidup kita yang sebenar
telah ditentukan oleh Allah. Disaat usia kita yang makin meningkat, Kita
perlulah sentiasa menanyakan dalam diri kita apa sebenarnya tujuan hidup kita
ini., Apakah kita makin dekat dengan tujuan hidup kita, atau kita masih jauh
lagi atau lebih malang lagi kita masih
di landasan yang salah. Buka mata, buka hati, kenali diri.
DeanSakuragi
0 comments:
Post a Comment