(MENGENALI ISRAEL SIRI 6) Diaspora Kedua Bangsa Yahudi.

Posted by DeanSakuragi on 13:58 with No comments


Pada tahun 538 sebelum masehi, kerajaan Babilon telah jatuh ketangan orang Parsi. Ketika itu, raja Parsi telah membenarkan orang Yahudi yang hidup di pelusuk Negara Babilon pulang ke tanahair mereka.

Kepulangan mereka ini, tidak ubah seperti kepulangan untuk menziarahi anak saudara. Sebahagian daripada mereka lebih suka hidup di dalam buangan daripada kembali ke Palestin. Mereka yang pulang dan menetap di Palestin telah bekerjasama dengan panglima Iskandar Al-Makdoni untuk menyerang Palestin dan menentang kerajaan Parsi. Selepas kewafatan Iskandar Al-Makdoni, Palestin diperintah oleh kerajaan Rom.

Pada tahun 135 masehi, Bani Israel bangkit memberontak menentang kerajaan Rom. Di dalam pemberontakan tersebut, kerajaan Rom telah membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui dari kalangan Bani Israel. Mereka yang terselamat dari penghapusan etnik kerajaan Rom telah lari ke serata dunia dan bumi Palestin telah sunyi daripada Bani Israel. Ketika Saidina Umar r.a. membuka Baitul Maqdis pada tahun 636 m, tidak seorang pun yang berketurunan Yahudi berada di kota suci itu. Di antara syarat penyerahan kota suci ke tangan orang islam ialah tidak dibenarkan seorang pun orang Yahudi mendiami kota suci ini.

Apa yang berlaku ini adalah hukuman terhadap kaum Yahudi yang masih tidak insaf dan tetap melakukan kerosakan. Mereka lansung tidak mempedulikan apa yang disampaikan oleh para nabi yang diutuskan kepada mereka.

Tahap kezaliman mereka memuncak apabila rasul yang diutuskan kepada mereka dibunuh. Zakaria a.s (Zacharias)  telah dibunuh mereka di dalam Baitul Maqdis. Anak Zakaria a.s iaitu Yahya a.s (Yohanes)  turut mengalami nasib yang sama. Selain itu mereka turut merancang untuk membunuh seorang lagi rasul iaitu Isa a.s. (Jesus Christ) namun perancangan mereka digagalkan Allah walaupun mereka benar-benar percaya yang isa a.s telah berjaya di salib.

Kejahatan mereka ini mengakibatkan mereka dihalau bagi kali kedua dan hanya kembali selepas hampir 2000 tahun bertaburan di serata dunia melalui penubuhan Negara Israel pada tahun 1948. Diaspora kedua ini menyebabkan bangsa yahudi tersebar lebih jauh. Dalam tempoh beberapa ratusan tahun berikutnya, bangsa ini boleh di temui di banyak Negara Eropah, Turki, dan beberapa tempat di afrika.  Salah satu kelompok bangsa Yahudi di Afrika ialah Yahudi Ethiopia (Beta Israel).


Bahasa ibrani semakin dilupakan.  Pertuturan harian mereka mula diganti dengan bahasa pertuturan tempatan. Rupa paras mereka juga makin lama makin berbeza. Rupa paras tidak dapat membuktikan apa-apa tetapi kajian genetik boleh membuktikan susur galur keturunan mereka.


Bersambung....

Categories: ,